Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Virus Polio Pertama Dikesan Di Malaysia Lepas 27 Tahun, Geng Anti-Vaksin Dikecam

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat makluman bahawa satu kes virus polio dikesan di Malaysia selepas 27 tahun negara ini bebas daripada penyakit tersebut.

Memetik laporan daripada portal KKM, kes melibatkan bayi lelaki warganegara Malaysia berumur 3 bulan dari Tuaran, Sabah, telah mengalami demam dan lemah anggota badan, dimasukkan ke ICU di hospital.

Advertisement

Bayi ini telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Virus tersebut mempunyai kaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) dinegara Filipina, yang seterusnya dikelaskan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV1).

kes virus polio pertama dikesan di malaysia lepas 27 tahun, geng anti-vaksin dikecam

Hasil siasatan juga mendapati, 23 daripada 119 orang kanak-kanak yang tinggal di kawasan tempat tinggal kanak-kanak ini  berumur 2 bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio. Hal ini membimbangkan kerana virus polio hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio sahaja.

Menjengah ke ruangan Twitter, rata-rata warganet mengecam golongan anti-vaksin yang memperjuangkan hak mereka dengan tidak mengambil vaksin kepada anak-anak masing-masing.

Terdahulu, kes polio terakhir dicatatkan di Malaysia adalah pada tahun 1992, sebelum negara ini disahkan bebas polio pada tahun 2000.

ERA Muzik Hit Terkini