Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Zayn Rayyan: Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan, Bebas Hari Ini

Datuk nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu akan dibebaskan hari ini.

 

Advertisement

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, kedua-dua individu itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sebelum dibebaskan, mereka akan di bawa ke Mahkamah Majistret selepas kedua-dua mereka ditahan di Subang Bestari.

Terdahulu, kanak-kanak autisme Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Pada 6 Disember 2023 lalu jam 10 malam.

Sumber Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini