Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jijik! Ada Orang Sengaja Ludah Pada Butang Lif Dalam Stesen LRT

Sebuah lif stesen LRT di Singapura telah menjadi 'mangsa' kepada individu yang tidak bertanggungjawab apabila butang lif berkenaan dilihat terdapat kesan ludah.

jijik! ada orang sengaja ludah pada butang lif dalam stesen lrt

Advertisement

Menurut hantaran oleh laman Facebook SBS Transit Ltd, satu foto telah dikongsikan akaun berkenaan menunjukkan kesan air liur pada butang lif stesen LRT Rumbia laluan Sengkang East dekat Singapura.

Tidak dapat dipastikan sama ada air liur itu telah dijangkiti wabak Covid-19 atau sebaliknya, namun tindakan tidak beretika ini perlu dibendung, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan harta benda awam.

jijik! ada orang sengaja ludah pada butang lif dalam stesen lrt

Dalam perkembangan lain, jumlah pesakit positif Covid-19 di Singapura meningkat kepada 84 orang setakat ini, dengan tiga kes terbaru melibatkan rakyat Singapura yang tidak mempunyai rekod perjalanan ke negara China.

Malaysia pula masih kekal 22 kes dengan 17 kes dilaporkan telah pulih sepenuhnya.

jijik! ada orang sengaja ludah pada butang lif dalam stesen lrt

Sumber: Facebook SBS Transit Ltd

ERA Muzik Hit Terkini