Doktor dan pakar perubatan di China telah mendedahkan beberapa kesan sampingan jangka panjang yang mungkin boleh berlaku kepada bekas pesakit COVID-19.

Memetik laporan Daily Star, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China telah mengeluarkan satu garis panduan baru mengenai rawatan selepas pesakit dijangkiti koronavirus.
Advertisement
Menurutnya beberapa pesakit COVID-19 yang telah pulih memerlukan rawatan untuk kerosakan peparu dan jantung, masalah pergerakan dan juga beberapa kes gangguan psikologi.
Walaupun kebanyakkan pesakit yang dijangkiti COVID-19 hanya akan mengalami gejala ringan dan sembuh dengan kesan sampingan jangka panjang yang minimum, mereka yang kritikal boleh mengalami kerosakan organ dan juga kompilasi lain.

Kerosakan organ seperti aritmia jantung atau angina boleh berlaku selain timbul masalah lain yang berkaitan untuk tempoh jangka masa panjang.
Antara lain, kemurugan, insomnia, gangguan makan dan masalah mental serta neurologi perlu diberi perhatian sewajarnya kepada bekas pesakit COVID-19.
Sumber: Daily Star