Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Sangka Rupanya Ramai Orang Takut Pada Nombor 13

Kita mungkin pernah mendengar tentang segelintir orang yang takut pada guruh dan kilat, tetapi tahukah anda ada juga keadaan dimana ada orang yang takut pada angka 13?

tak sangka rupanya ramai orang takut pada nombor 13

Dikenali sebagai ‘Triskaidekafobia’, ada sesetengah orang khususnya di negara barat takut pada angka 13.

Advertisement

tak sangka rupanya ramai orang takut pada nombor 13

Antara contoh ketakutan pada nombor 13 adalah seperti berikut:

  1. Di Amerika Syarikat dan Kanada, banyak tingkat tidak mempunyai tingkat ke-13.
  2. Pada beberapa pesawat penumpang seperti Contonental Airlines, tiada kerusi bernombor 13.
  3. Di Formula 1, tidak ada kereta lumba yang membawa nombor 13.
  4. Microsoft tidak menamakan Office berikut sebagai Office 13, sebaliknya Office 15.
  5. Di Amerika Syarikat, tidak ada pesawat bernama F-13 kerana pilot percaya nombor 13 adalah nombor yang malang.
  6. Penyanyi, John Mayer memiliki 14 lagi dalam albumnya, Room for Squares, meskipun lagu ke-13 hanya 0.2 saat dan tidak mempunyai suara.
  7. Ekspedisi Apollo 13 ke bulan dianggap gagal kerana membawa nombor 13. Apollo 13 dilancarkan tepat jam 13:13 dan dianggap gagal, walaupun kesemua angkasawan selamat mendarat.

Sementara itu, bagi sesetengah kawasan di Afganistan, angka 39 dianggap malang kerana ia adalah gandaan tiga bagi angka 13. What!

tak sangka rupanya ramai orang takut pada nombor 13

Tambah lagi, ketakutan pada hari Jumaat yang jatuh pada 13hb dikenali juga sebagai “Paraskavedekatriafobia” atau “Friggatriskaidekafobia”. Sebab itu mereka cukup takut dengan ‘Friday the 13th’.

tak sangka rupanya ramai orang takut pada nombor 13

ERA Muzik Hit Terkini