Khabib Nurmagomedov, yang telah menang keatas Connor McGregor baru-baru ini mencabar juara tinju, Floyd Mayweather untuk ke gelanggang.
Video yang dimuatnaik menerusi Instagram @leonardellerbe menunjukkan Khabib dalam satu majlis di Rusia.
Advertisement
"Mari Floyd. Kita perlu bertarung sekarang: 50-0 menentang 27-0," kata Khabib yang berdiri di sebelah Ellerbe yang sedang tersenyum.
"Kita (sama-sama) belum pernah tewas. Di dalam hutan, hanya ada satu raja. Semestinya, saya raja kerana dia (Mayweather) tidak dapat tumbangkan McGregor tapi saya berjaya. Marilah."
Mayweather menerusi akaun Twitternya membalas;
CBS, Showtime and MGM Grand get the checkbook out!
— Floyd Mayweather (@FloydMayweather) October 15, 2018
Go to @leonardellerbe ‘s page to view Khabib Nurmagomedov challenging me.#CBS#SHOWTIME #MGMGRAND#MayweatherPromotions pic.twitter.com/6OtiDhtbNx
Tidak dapat dipastikan sama ada pertarungan ini adalah untuk UFC atau tinju.

Sebelum ini Mayweather juga pernah menjangkakan pertarungan bersama Manny Pacquaio.
Sumber: Buzz Sport
