Ramai rakyat Malaysia pasti menunggu peluang untuk merentas negeri apabila hanya 1.6 peratus sahaja diperlukan sebelum negara mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.
Namun, individu yang berada di kawasan berisiko tinggi terdedah jangkitan Covid-19 dinasihati menjalani ujian kendiri secara berkala sebelum bersedia balik kampung.
Advertisement

Menerusi ciapan di laman Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru orang ramai yang mahu merentas negeri dan balik ke kampung masing-masing untuk menjalani ujian calitan.
Lebih-lebih lagi apabila pergerakan rentas negeri sudah hampir dibenarkan dengan 1.6 peratus sahaja diperlukan bagi kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.
“Sementara @KKMPutrajaya telah transisi kepada ujian asimtomatik, kami menggalakkan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan melakukan ujian secara berkala.
“Jika anda mahu balik kampung dan berjumpa ibu bapa, lakukanlah ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag),” katanya.
1.6% before interstate borders open. While @KKMPutrajaya has transitioned to symptomatic testing, we encourage people who are in high contact & mobility settings to test regularly. If you want to balik kampung to see elderly parents, do a RTK saliva test. Keep them safe. pic.twitter.com/uFXVgJ8nLm
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 6, 2021
Tambahnya, kerajaan tidak boleh lagi memantau semua perkara seperti sebelum ini dengan melakukan sekatan jalan raya bagi memeriksa sama ada seseorang telah lengkap divaksinasi.
Kini, ia terletak pada tanggungjawab dan tingkah laku setiap individu untuk melakukan inisiatif sendiri bagi melindungi diri dan orang sekeliling.
“Saya percaya kita boleh mendepani cabaran ini,” katanya.