Dalam dunia masih lagi di berperang dengan ancaman koronavirus (Covid-19), ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan menjual semula topeng muka terpakai.
Sebuah kilang yang beroperasi secara haram di Thailand telah diserbu kerana mengitar semula topeng muka terpakai, sebelum melipat dan meletakkan semula dalam kotak untuk kelihatan seperti topeng muka baharu.
Advertisement

"Pekerja memaklumkan mereka dibayar 1 baht (13 sen) sekeping dan mengitar semula antara 300 hingga 400 keping topeng muka sehari setiap orang.
"Saya juga telah menghubungi Pejabat Kesihatan Awam Wihandaeng untuk memfailkan tuduhan terhadap kilang sebagai plaintif kerana operasinya boleh menjejaskan kesihatan orang yang membeli topeng muka terpakai serta masyarakat di komuniti berhampiran kilang," kata Ketua Polis Daerah Wihandaeng, Somsak Kaewsena.
Topeng muka terpakai yang telah dikutip akan diseterika sebelum dilipat dan dimasukkan kedalam kotak untuk kelihatan seperti topeng muka baru, sebelum ia dijual kepada orang ramai.

Kejadian yang sama pernah dilaporkan berlaku di China apabila ada individu yang menggunakan topeng muka terpakai selepas mengutip ia di merata tempat.
#ChinaPneumonia
— @Dystopia - #HongKong is NOT China (@Dystopia992) January 24, 2020
— Greed or Underresourced?
In #Wuhan, people are seen *recycling & collecting* USED face masks..
God bless EVERYONE 😷#WuhanPneumonia #coronarovirus #China #ChinaVirus #WuhanLockDownpic.twitter.com/NKebLYse9F
Setakat ini, terdapat lebih 92 ribu kes positif Covid-19 dengan 3,201 kematian disebabkan wabak ini diserata dunia.
Sumber: Telegraph UK