Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kerja Dekat Kilang Ni Paling Best Sebab Boleh Masuk Kerja Dan Cuti Ikut Suka

Jika anda rasa pekerjaan yang anda lakukan sekarang tidak menggembirakan, cuba anda apply kerja disebuah kilang di Osaka ini?

Sebuah kilang memproses udang hidup di Osaka, Jepun, membenarkan pekerja mereka untuk masuk dan balik sesuka hati mereka.

Advertisement

Tindakan pihak syarikat terbabit adalah untuk mengurangkan kos tenaga kerja bagi pendapatan syarikat, namun dalam masa sama tidak membuang mana-mana pekerja mereka dan menghapuskan konsep jadual kerja.

Lebih menarik lagi, pekerja kilang terbabit juga boleh ambil cuti pada bila-bila masa tanpa memberitahu majikan.

Pada mulanya, ramai beranggapan bahawa produktiviti syarikat pasti akan merundum apabila syarikat melaksanakan konsep berkenaan, tetapi mengejutkan apabila dalam tempoh 5 tahun, setiap pekerja dikilang tersebut hanya ambil cuti sebanyak satu hari sahaja.

kerja dekat kilang ni paling best sebab boleh masuk kerja dan cuti ikut suka

Menarik bukan?

Sumber: Soranews

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini