Musim hujan dan petir kini kembali melanda beberapa negeri di Malaysia.

Advertisement
Disebabkan musim hujan ini, kita sering mendengar bunyi dentuman guruh dan adalah amat bahaya sekiranya kita terdedah kepada ruang terbuka.
Namun menurut Public Health Malaysia, sekiranya anda mendengar bunyi guruh kurang daripada 30 saat selepas anda melihat kilat, ini adalah bermakna anda sangat dekat dengan kilat.
Disarankan agar anda berlindung dan tunggu 30 minit selepas bunyi guruh terakhir kedengaran.

Langkah ini juga dikenali sebagai 30-30 rule.