Baru-baru ini, seorang wanita warganegara asing menjadi perhatian di laman media sosial apabila tidak memakai pelitup muka ketika masuk memasuki premis barangan mewah di pusat beli-belah di ibu kota pada Rabu.

Advertisement
Video tersebut tular dan ramai warganet mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap salah laku yang tidak bertanggungjawab itu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjawab dan memberi reaksi terhadap video yang tular membabitkan wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam itu.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau menegaskan orang ramai terutamanya pelancong asing juga wajib mematuhi arahan yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka.
“Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain,” tulisnya.
“When in Rome do as the Romans do.”
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 27, 2021
When in Malaysia, please mask up. Regardless of the rules elsewhere. @KKMPutrajaya is getting more information from KLCC.
Tambahnya, beliau menegaskan pihaknya sedang mendapatkan maklumat berkenaan kejadian daripada pihak pengurusan pusat beli-belah terkemuka etrsebut.
Rata-rata warganet berang akan tindakan dan kelakuan yang ditunjukkan wanita berkenaan dan menghormati para petugas yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.