Skip to main content

Advertisement

Hiburan

KKM Sahkan Bakal Mula Guna Ubat ‘Antivirus’ Khas Untuk Pesakit Berisiko Tinggi Dijangkiti COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses memantapkan Kaedah Penjagaan Klinikal pesakit Covid-19 bagi tujuan memulakan ubat antivirus terkini yang akan diberikan kepada pesakit wabak itu yang berisiko tinggi.

kkm sahkan bakal mula guna ubat ‘antivirus’ khas untuk pesakit berisiko tinggi dijangkiti covid-19

Advertisement

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan ubat berkenaan akan diberikan kepada pesakit Covid-19 pada peringkat awal iaitu semasa mereka bergejala ringan bagi mencegah jangkitan menjadi lebih teruk.

Tambahnya, rawatan antivirus ini akan meliputi pesakit di klinik kesihatan, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital bagi pesakit yang dimasukkan ke wad.

kkm sahkan bakal mula guna ubat ‘antivirus’ khas untuk pesakit berisiko tinggi dijangkiti covid-19

Malah, Khairy juga berkata rawatan tersebut sudah sedia untuk digunakan dalam masa terdekat.

“Rawatan akan dimulakan setelah bekalan ubat antivirus tersebut tersedia,” katanya menambah KKM kini dalam proses memuktamadkan pembelian ubat antivirus berkenaan.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini