Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka akan mengumumkan kelonggaran bagi beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini.

Advertisement
Kementerian Kesihatan (KKM) telah memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ia diumumkan kepada rakyat.
“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya.

Perkara ini juga mendapat pelbagai reaksi dan perhatian apabila Perdana Menteri juga memaklumkan berkenaan tiga kelonggaran SOP yang akan diumum dalam masa terdekat.
SOP tersebut termasuk berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID-19 di lapangan terbang.
Sumber: Bernama