Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat bahawa baki dua minggu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat diperketatkan lagi dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 dinegara ini.

Demikian pandangan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang bimbang dua kluster utama di negara ini iaitu melibatkan jemaah tabligh dan mereka yang pulang dari luar negara.
Advertisement
"Jadi ada dua jangkitan yang kita risaukan. Yang dibimbangi ialah, pertama jangkitan antara jemaah tabligh. Mereka ini ke masjid ataupun surau.
"Ahli jemaah lain yang pergi ke masjid dan surau, walaupun bukan ahli tabligh, mereka turut dijangkiti di sana.
"Yang kedua ialah mereka yang kembali dari luar negara. Dari fasa pertama PKP, kita telah laksanakan kuarantin kendiri.
"Itu membantu memutuskan rantaian jangkitan antara ahli keluarga. Jadi, tindakan itu kita harap dapat diperketatkan lagi untuk tempoh dua minggu yang kritikal ini," katanya pada sidang media semalam.
Kira-kira 15-20% rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak mematuhi arahan "self quarantine" selama 14 hari.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 2, 2020
Justeru, KKM perlu mengambil tindakan lebih tegas dengan menempatkan mereka di pusat-pusat kuarantin atau hotel-hotel yang telah dikenal pasti.
Fasa kedua PKP sehingga 14 April ini telah menghadkan lagi tempoh operasi pengangkutan awam, premis perniagaan, restoran termasuk perkhidmatan penghantaran makanan.
Tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat penting kepada kita dan negara.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 2, 2020
Thank you for keep staying at home. #StayAtHome@MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba @DGHisham pic.twitter.com/SRTtRmnwbd
Sumber: Awani