Jumlah kes positif harian COVID-19 dijangka turun kepada satu angka pada pertengahan Mei ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah berdasarkan kes positif harian yang mencatatkan dua angka sepanjang minggu lepas.
Advertisement

Bagaimanapun, jangkaan ini adalah bergantung kepada kepatuhan rakyat kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meskipun ada kawasan yang sudah diisyitharkan zon hijau.
"Kalau tak ada keperluan di luar, duduk di rumah...itulah mesej kita. Sekarang ini duduk di rumah paling selamat, tak dapat jangkitan dari seorang ke seorang.
"Sekarang ini kes kebolehjangkitan pun semakin berkurang...kita harapkan kes ini dari 1,700 kini akan berkurang kepada 1,000, dan kemudiannya 500," katanya dalam sidang media hariannya mengenai COVID-19, semalam.
Setakat 28 April, terdapat 5,851 jumlah kes positif COVID-19 dilaporkan, termasuk terbaru 31 kes dengan jumlah sembuh sebanyak 69 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sumber: Awani