Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan lebih banyak kes positif COVID-19 dikesan dalam masa terdekat, susulan daripada aktiviti pendekatan tertumpu yang masih diteruskan ketika ini.

Antara aktiviti pendekatan tertumpu yang dilaksanakan adalah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikawasan berisiko tinggi, aktiviti pengesanan di madrasah atau sekolah tahfiz dan stesen kuarantin bagi mereka yang pulang dari luar negara.
Advertisement
"Seperti dimaklumkan sebelum ini, KKM telah mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta rawatan terutama kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi dengan pendekatan tertumpu.
"Ini diharap dapat mengekang penularan di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Di stesen kuarantin yang menempat pengembara warganegara
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 26, 2020
Malaysia yang balik dari luar negara, sehingga 24 April 2020
5 petang, didapati seramai 12,672 orang telah menjalani ujian #COVID19.
Seramai 139 orang didapati positif COVID-19 (1.1%). pic.twitter.com/gE6HQnIJ5E
Daripada aktiviti pendekatan tertumpu yang telah dijalankan, sebanyak 638 kes positif telah dikesan di kawasan PKPD, manakala 341 lagi madrasah dan tahfiz. Di stesen kuarantin pula, 139 kes dilaporkan positif, melibatkan rakyat Malaysia dari Indonesia (99), United Kingdom (14), Singapura (13), Turki (lima), Belanda (3), Amerika Syarikat (2) dan masing-masing satu kes Thailand,Perancis dan Bangladesh.
1. Lima kluster daripada kluster aktif yang merekodkan kes baharu, 26 April.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 26, 2020
2. Kawasan PKPD yang merekodkan kes baharu 26 April iaitu Menara City One Plaza dan Malayan Mansion. pic.twitter.com/qg1gXZbX7M
Sumber: Sinar Harian