Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan mengesan satu lagi kluster baru COVID-19, iaitu melibatkan enam kes positif di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Selangor.
"Ingin dimaklumkan daripada 60 kes baru yang dilaporkan, 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Advertisement
"Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam (6) kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad.
warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam (6) kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang. pic.twitter.com/OLqzDgfTce
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 24, 2020
Kluster ini adalah kluster DTI ketiga selepas pengesanan kluster warga asing di DTI Bukit Jalil (60 kes) dan DTI Semenyih (21 kes) positif.
Sumber: Awani