Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan telah mengesan satu lagi kluster baru yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Kluster berkenaan melibatkan 10 kes positif COVID-19, iaitu sembilan daripadanya warganegara Nepal, dan seorang rakyat tempatan.
Advertisement
"Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenal pasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.
"Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian pada Khamis.
Setakat ini juga, seramai 436 orang telah disaring dan 10 kes didapati positif, 347 kes negatif manakala 79 lagi sedang menunggu keputusan.
Sumber: Awani