Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rayuan KKM Jangan Rentas Negeri, Ia Boleh Tingkatkan Kluster COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu ahar setiap individu masyarakat ini agar sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

lebih seribu kenderaan patah balik cubaan rentas negeri semalam gagal

Pihak KKM juga khuatir dengan tindakan sesetengah rakyat yang degil dan cuba merentas negeri yang boleh membawa kepada peningkatan kluster COVID-19 di negara ini.

Advertisement

"Kalau SOP tidak dipatuhi, kita mungkin jalankan penguatkuasaan. Tindakan semua agensi kerajaan menguatkuasakan kepatuhan SOP, perkara ini merisaukan dan membimbangkan KKM.

"KKM merayu setiap individu masyarakat agar patuh, pastikan SOP tersebut. Ini adalah untuk melindungi daripada jangkitan. Apa yang pasti kalau kita dapat jarakkan, kita tidak dijangkiti dan sentiasa sanitasi tangan dan pakai topeng menutup hidung dan mulut.

"Ini saranan KKM, penguatkuasaan kita bincangkan bersama dengan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN)," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

rayuan kkm jangan rentas negeri, ia boleh tingkatkan kluster covid-19

KKM juga menghargai usaha pihak berkuasa dalam memastikan rakyat patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu, terdapat peningkatan dalam bilangan kenderaan yang cuba untuk merentas negeri meskipun tidak mendapat kebenaran. Ini sekaligus membuktikan masih ada rakyat yang enggan patuh kepada arahan yang telah dikeluarkan dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini