Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan beberapa kelonggaran untuk melakukan aktiviti sukan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuklah membenarkan aktiviti senaman yang tidak mempunyai kontak rapat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun begitu orang ramai masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KKM, termasuk penjarakan sosial.
Advertisement
"Aktiviti senaman adalah sebahagian daripada SOP (prosedur operasi standard) dan kita sedang mempertimbangkan sukan-sukan yang tidak mempunyai kontak rapat.
"Bagaimanapun ia adalah tertakluk kepada pematuhan garis panduan termasuk penjarakan sosial dan tiada perhimpunan membabitkan orang ramai," katanya.
Menurut beliau lagi, satu pengumuman berhubung perkara berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.
Setakat 29 April, Malaysia telah merekodkan sejumlah 5,945 kes keseluruhan COVID-19, dengan lagi 94 kes jangkitan baru direkodkan.

Sumber: Awani