Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengesan kontak rapat kes kematian mangsa COVID-19 yang ditemui mati tepi jalan di Rompin, Pahang.

Kes yang masih dalam siasatan ini melaporkan mangsa terlebih dahulu berjalan kaki dari Segamat ke rumahnya di Terengganu.
Advertisement
"Kematian semalam masih dalam siasatan tetapi dimaklumkan , pesakit itu telah berjalan dari Segamat dan balik ke Terengganu tetapi meninggal dunia di Rompin sebab kematian masih dalam siasatan.
"Pengesanan kontak, kita akan lakukan di Segamat, Johor. Rakannya akan disiasat seperti mana yang kita lakukan ke atas kes lain," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Kes kematian ke-110 itu melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun yang ditemui mati ditepi jalah di Rompin, Pahang. Keputusan ujian sample semasa bedah siasat juga mengesahkan mangsa positif COVID-19 dan punca jangkitan kini masih juga dalam siasatan.

Sumber: Awani