Pelbagai usaha dilakukan bagi menghalang penyebaran dan juga membasmi wabak COVID-19 ini daripada terus merebak dan menjangkiti orang ramai. Antaranya adalah dengan pengenalan terowong nyahkuman ataupun disinfection box.

Bagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini masih belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong keberkesanan penggunaan terowong ini dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.
Advertisement
Tambah lagi, pendedahan kepada cecair beralkohol selama 20 hingga 30 saat adalah tidak mencukupi bagi proses nyahkuman yang berkesan.

Selain itu, bahan kimia yang terdapat dalam cecair yang digunakan dalam terowong nyahkuman ini boleh juga membawa kemudaratan kepada selaput badan seperti mata dan mulut.
Justeru, buat masa ini KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan ini untuk tujuan mengurangkan jangkitan COVID-19 terhadap manusia.
Sumber: KKM