Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Klinik Kesihatan Sepang Ditutup Untuk Dekontaminasi, Bukan Sebab Coronavirus

Sejak semalam, tular berita mengenai penutupan Klinik Kesihatan Salak Tinggi, Daerah Sepang, kelihatan pekerja berpakaian pelindungan penuh sedang membuat proses pembersihan kononnya ia disebabkan wabak coronavirus.

klinik kesihatan sepang ditutup untuk dekontaminasi, bukan sebab coronavirus

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memberitahu bahawa pesakit di klinik tersebut tidak memenuhi definisi kes dan tiada kontak kepada kes positif nCoV, atau mempunyai sejarah pernah ke China dalam tempoh 14 hari lepas.

Advertisement

Penutupan klinik itu adalah bertujuan bagi proses dekontaminasi sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kes (pesakit) tersebut telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan yang disebabkan penyakit lain, bukannya 2019-nCoV," katanya dalam kenyataan itu lagi.

Buat sementara waktu, temujanji di klinik tersebut telah dibatalkan dan mereka yang ingin mendapatkan rawatan, atau membuat tarikh baharu, atau ingin mengetahui maklumat mengenai insiden itu boleh terus menghubungi klinik tersebut.

Dalam perkembangan lain, setakat ini sudah 12 kes dilaporkan di Malaysia, dengan 2 kes terbaru semalam melibatkan rakyat tempatan iaitu bapa dan anak yang dibawa pulang dari Wuhan.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini