Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kumpulan Pelajar Malaysia Baru Pulang Dari Temboro Kluster Baru COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu lagi kluster baru membabitkan rakyat negara ini yang pulang dari Indonesia.

kumpulan pelajar malaysia baru pulang dari temboro kluster baru covid-19

Kluster tersebut melibatkan 43 pelajar yang pulang dari Temboro melalui KLIA pada 16 April lalu.

Advertisement

Temboro merupakan salah satu kawasan yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

Daripada jumlah ini, 34 orang telah dikuarantin di Melaka dan 9 orang lagi di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tindakan kerajaan untuk mengambil langkah kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah tepat bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia yang lain.

Daripada jumlah ini, sebanyak 65 kes positif COVID-19 dilaporkan membabitkan mereka yang pulang dari luar negara, dengan 8,401 sampel telah diambil setakat ini.

kumpulan pelajar malaysia baru pulang dari temboro kluster baru covid-19

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini