Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat satu lagi kluster baru dikesan wujud di Sarawak.
Kluster berkenaan adalah merupakan subkluster Perhimpunan Seri Petaling, yang wujud di Kuching, Kota Samarahan dan Simunjan, Sarawak.
Advertisement
Daripada kluster ini, 37 telah disahkan positif termasuk 7 sembuh manakala dua dilaporkan mati.
Punca jangkitan adalah daripada kluster Perhimpunan Seri Petaling yang kini menjangkiti tiga generasi.
Kluster baharu. Subkluster Seri Petaling di Kuching, Kota Samarahan dan Simunjan di Sarawak.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 4, 2020
37 disahkan positif termasuk 7 telah sembuh manakala dua kematian.
Punca jangkitan adalah dari kluster Perhimpunan Seri Petaling yang menjangkiti tiga generasi.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 55 lagi kes baru dilaporkan hari ini, 4 Mei 2020, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 6,353 kes setakat ini.
Sumber: KKM