Skip to main content

Advertisement

Hiburan

KKM Sahkan Wujud Kluster Tapak Pembinaan Pula

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan wujud kluster baru iaitu Kluster Tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang pada 2 Mei lalu, kini dikesan pula kluster tapak pembinaan.

kkm sahkan wujud kluster tapak pembinaan pula

Menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kluster baru ini melibatkan 28 pekerja warga asing yang dilaporkan positif COVID-19.

Advertisement

KKM juga sedang menyiasat kemungkinan kumpulan berkenaan mendapat jangkitan daripada kluster lain, termasuklah dari Kluster Jemaah Sri Petaling, Pasar Borong dan Kampung Bharu.

"Setelah disiasat pada peringkat awal, ada satu kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur yang mana jumlah kes ada 28 tetapi tiada pertambahan semalam. Jumlah kes adalah 28 iaitu melibatkan tapak pembinaan Kuala Lumpur.

"Kita sudah siasat di tapak pembinaan itu dan mulanya ada kemungkinan berkait dengan kluster lain. Mereka terlibat duduk sekali dalam apartmen, jadi jangkitan dengan kluster lain. Ia masih dalam siasatan, mungkin ada kaitan dengan kluster Sri Petaling, pasar borong dan Kampung Bharu. Jadi siasatan masih dijalankan, untuk tahu ada kaitan tak.

"Setakat ini masih tak dapat bukti kukuh untuk kaitkan dengan kluster berkenaan. Jadi kita namakannya kluster pembinaan," kata beliau dalam Sidang Media Harian COVID-19, semalam.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini