Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lagi Kluster Baru Dikesan Di Tapak Pembinaan Setia Alam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu lagi kluster baru dikesan hari ini.

lagi kluster baru dikesan di tapak pembinaan setia alam

Kluster baru ini adalah melibatkan pekerja tapak pembinaan di Setia Alam selepas tiga daripada lima pekerja asing yang disaring sebeleum kembali bekerja ditapak pembinaan ini positif COVID-19.

Advertisement

Setakat jam 12 tengah hari, 9 Mei 2020, sebanyak 12 kes didapati positif daripada 28 orang yang disaring, dimana kesemua kes ini melibatkan warganegara Bangladesh.

Punca jangkitan kluster ini juga masih dalam siasatan.

lagi kluster baru dikesan di tapak pembinaan setia alam

Dalam perkembangan lain, sebanyak 54 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 6,589 kes.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini