Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peserta OKU Buat Kejutan Di America’s Got Talent, Ada Yang Mengalirkan Air Mata

Sejak semalam, nama Kodi Lee, 22, menjadi sebutan ramai selepas membuat persembahan di America’s Got Talent.

Mana tidaknya, peserta yang boleh dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan dan autistik ini berjaya menyampaikan lagu A Song For You, dendangan asal Leon Russel dan Donny Hathaway dengan sangat baik.

Advertisement

Dipetik daripada Newsweek, ibu kepada Kodi Lee berkata, ketika pertama kali beliau mendengar Kodi menyanyi, beliau menangis kerana bakat luar biasanya walaupun dia OKU.

"Saya menyedari Kodi memiliki bakat sebagai penghibur dan muzik memberinya semangat untuk teruskan hidup.

"Kodi mengalami hypoplasia saraf optik sejak dilahirkan dan pernah menjalani pembedahan kritikal seawal usia lima hari, serta disahkan autistik sejak kecil lagi.

"Kodi sentiasa berusaha menjayakan karier muzik dan impiannya untuk menjadi seorang bintang rock terkenal yang menghiburkan ribuan peminat," katanya.

Selesai persembahan, semua penonton termasuk juri dalam dewan berdiri tanda memberikan sokongan kepada Kodi.

peserta oku buat kejutan di america’s got talent, ada yang mengalirkan air mata

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini