Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kolam Renang Terbesar di Dunia Ini Guna Lebih Dari 250 Juta Liter Air, ''Besar Sangat-Sangat Ni!''

ukuran 3000 kaki panjang, ini kolam renang terbesar di dunia!
Memilih hotel yang mempunyai kolam renang yang besar dan selesa semestinya satu kemestian. Tapi melihatkan kepada saiz kolam renang ini anda pasti terkejut.

Kolam renang yang diiktiraf sebagai kolam renang yang terbesar di dunia oleh Guinness Book of World Record ini adalah milik San Alfonso del Mar Resort, Chile. Berukuran lebih daripada 3000 kaki panjang, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air bukan sahaja berenang tetapi juga berkayak, belayar air, selam skuba dan luncur air.
 
ukuran 3000 kaki panjang, ini kolam renang terbesar di dunia!
 
Guinness Book or World Record memberitahu bahawa syurga dunia ini boleh menampung sebanyak 66 juta gelen air garam bersamaan 250 juta liter air. Kolam renang buatan manusia yang mengambil masa selama 5 tahun untuk siap ini terletak separuh jalan di Pantai Pasifik ni bandar Algarrobo.
 
 
Satu kolam renang biasa menggunakan kira-kira 375,000 liter air, dan ini bermaksud kolam terbesar di dunia ini bersamaan 670 buah kolam renang!

Sumber: crackerdaily

 

Advertisement

ERA Muzik Hit Terkini