Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menempatkan kontak rapat kes positif COVID-19 daerah Hilir Perak ke sebuah penempatan khas iaitu Stesen Kuarantin Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) di Sungkai, Perak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuan stesen berkenaan diwujudkan adalah bagi mengasingkan individu yang berisiko dijangkiti ataupun menjangkiti individu lain.
Advertisement
“Stesen Kuarantin ILSM merupakan sebuah fasiliti pengajian yang sangat selesa dan terletak di kawasan sendiri, yang dikelilingi dengan taman hijau dan segar, serta fasiliti ini juga memenuhi kriteria untuk kawalan penyakit berjangkit.
“Individu yang berisiko ditempatkan dalam bilik berseorangan yang selesa dan lengkap dengan kemudahan seperti tandas, cerek, wifi, kelengkapan pembersihan diri, cecair pembasmi kuman dan termometer dahi serta makan disediakan empat kali sehari di samping makanan ringan,” katanya.

Individu yang ditempatkan disitu akan dipantau keadaan kesihatan mereka setiap hari oleh pasukan perubatan.
Sumber: KKM