Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kontinjen Malaysia Guna Rekaan Rizman Ruzaini Pada Pembukaan Olimpik Paris

Lands-P-14.png

Kontinjen negara akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu di majlis Perasmian Olimpik Paris yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini yang dijadual 26 Julai ini.

Advertisement

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, hari ini.

“Ia akan bertemakan baju Melayu dan akan menjadi (konsep) tradisional. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan menunjukkannya kepada umum tidak lama lagi,” ujar Hamidin semasa sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Terdahulu, pereka terkenal tanah air itu, Rizman Ruzaini telah menempa sejarah dalam industri fesyen tanah air apabila busana rekaan mereka diapakai oleh penyanyi terkenal Lady Gaga di Las Vegas.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini