Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Korban COVID-19 Seluruh Dunia Kini Dah Lebih 2 Juta!

COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu kini telah mengorbankan lebih 2 juta nyawa.

selepas dua bulan tular satu dunia, dua rakyat indonesia kini sah positif coronavirus

Wabak yang mula dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, China, telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga itu, semakin ramai yang mula dijangkiti virus berkenaan.

Advertisement

Setakat 21 Januari 2021, terdapat 97,281,602 kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat sebagai negara tertinggi kes iaitu lebih dari 24 juta, diikuti India (10 juta), Brazil (8,6 juta), Rusia (3.6 juta) dan UK (3.5 juta).

korban covid-19 seluruh dunia kini dah lebih 2 juta!

Wabak maut itu juga telah meragut 2,081,606 nyawa setakat ini, dan angka itu dijangka terus meningkat memandangkan jumlah kes aktif, serius dan kritikal juga kini semakin banyak.

Dalam perkembangan lain, Malaysia telah mencatatkan kes harian kedua tertinggi pada 20 Januari iaitu sebanyak 4,008 kes baru COVID-19. Jumlah tertinggi pernah dilaporkan adalah pada 16 Januari iaitu 4,029 kes.

Sumber: KKM / Coronatracker

ERA Muzik Hit Terkini