Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Korea Selatan Halang Putar Lagu Gangnam Style, Tempo Pantas Di Gimnasium Untuk Elak COVID-19

Korea Selatan telah mengeluarkan arahan terkini bagi mengelak penularan COVID-19 dengan menghalang semua lagu dengan tempo pantar melebihi 120 rentak setiap minit daripada diputar di gimnasium.

korea selatan halang putar lagu gangnam style, tempo pantas di gimnasium untuk elak covid-19

Advertisement

Arahan itu dikuatkuasakan susulan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara tersebut beberapa hari lalu.

Lagu popular nyanyian Psy, Gangnam Style juga antara lagu yang diharamkan daripada dimainkan di gimnasium kerana lagu itu melebihi 132 rentak setiap minit, melebihi had yang dibenarkan pihak berkuasa.

korea selatan halang putar lagu gangnam style, tempo pantas di gimnasium untuk elak covid-19

Malah, penggunaan ‘treadmills’ juga akan dikawal dengan ketat dan hanya enam kilometer per jam (3.7 mph) sahaja dibenarkan.

Semua pusat gimnasium juga diarahkan untuk beroperasi sehingga jam 10 malam sahaja dan tidak boleh melebihi waktu yang ditetapkan.

korea selatan halang putar lagu gangnam style, tempo pantas di gimnasium untuk elak covid-19

Kebanyakan warga Korea Selatan menghabiskan masa di gimnasium untuk bersenam dan lagu tempo pantas menjadi lagu kegemaran bagi setiap pengguna gimnasium.

Kerajaan juga terpaksa mengambil arahan tersebut untuk mengelak individu bernafas terlalu cepat, mengeluarkan peluh sehingga ada peluh yang memercik kepada orang lain.

Sumber: Reuters
 

ERA Muzik Hit Terkini