Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Korea Selatan Buat Exam Dalam Stadium Bola Sepak Elak Jangkitan COVID-19

Meskipun dilanda wabak COVID-19, Korea Selatan tetap melaksanakan ujian bertulis bagi rakyat yang mahu mencari pekerjaan baru, namun kali ini diadakan dalam stadium bola sepak.

korea selatan buat exam dalam stadium bola sepak elak jangkitan covid-19

Ini berikutan bagi menjaga jarak sosial antara calon bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

Advertisement

Menerusi laporan dari sebuah portal antarabangsa, pemohon perlu mengambil ujian tersebut pada hari Sabtu lalu di Ansan, iaitu di selatan Seoul.

korea selatan buat exam dalam stadium bola sepak elak jangkitan covid-19

Menurut ketua Yayasan Perubatan Makmal, Profesor Gye Cheol Kwon berkata, mereka mempelajari risiko jangkitan baru dan kesannya daripada wabak MERS yang pernah melanda pada tahun 2015.

“Meja turut dijarakkan antara satu sama lain dan diletakkan agak jauh antara satu sama lain di atas sebuah padang bola sepak dan mereka sentiasa dipantau," katanya.

korea selatan buat exam dalam stadium bola sepak elak jangkitan covid-19

Sumber: Ladbible

ERA Muzik Hit Terkini