Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Korea Selatan Guna Gelang Elektrik Pada Yang Langgar Arahan Kuarantin

Dalam usaha menghentikan penularan wabak COVID-19, Korea Selatan hari ini mengumumkan akan menggunakan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri.

korea selatan guna gelang elektrik pada yang langgar arahan kuarantin

Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun berkata, langkah itu diambil susulan berlaku peningkatan kes melanggar arahan kuarantin sejak beberapa minggu ini.

Advertisement

"Selepas mempertimbangkan dengan mendalam, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan penggunaan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri seperti keluar tanpa kebenaran dan tidak menjawab panggilan telefon," katanya.

korea selatan guna gelang elektrik pada yang langgar arahan kuarantin

Bagaimana pun, ada yang berpendapat tindakan memasang gelang elektrik itu adalah bertentangan dengan hak asasi manusia.

Buat masa ini, kerajaan Korea Selatan menggunakan aplikasi telefon bimbit bagi memantau pematuhan kuarantin namun ada laporan yang menyatakan penduduk sengaja mematikan lokasi GPS atau meninggalkan telefon bimbit dirumah mereka untuk keluar seperti biasa.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini