Setakat ini, Bukit Aman melaporkan sudah lebih 14 ribu pesalah yang ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada fasa pertama dan kedua. Bagi fasa ketiga ini, mana-mana pesalah yang ingkar kepada arahan PKP akan dimasukkan kedalam penjara.

Memetik hantaran oleh seorang pengguna Facebook, Siti Rohaiza menerusi portal World of Buzz, beliau meluahkan rasa terkilan selepas seorang bapa hadir membawa sejumlah wang syiling bagi membayar denda selepas anaknya didapati ingkar kepada arahan PKP.
Advertisement

Bapa kepada remaja berusia 18 tahun itu membawa wang yang disimpan dalam tabung simpanan penuh dengan wang kertas RM1, RM5 dan juga duit syiling.
"Terima bayaran kompaun pagi tadi dari seorang bapa. Yang kena anaknya berumur 18 tahun.
Kenapa ada duit syiling? Kenapa guna duit RM1 Jenuh Iza nak mengira pagi tadi. Bila ditanya jawapannya "KOREK TABUNG"", tulis Siti Rohaiza pada hantaran yang mendapat lebih 1.6 ribu share di Facebook.
Beliau juga menyeru kepada remaja dan anak-anak diluar sana agar terus duduk di rumah dan tidak keluar sesuka hati sehingga menyusahkan ibu dan bapa.
Sumber: Facebook Siti Rohaiza / World of Buzz