Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Korek Telinga Sendiri Di Rumah Takut Cedera, Anda Hanya Perlu Jumpa Doktor

Ramai antara kita sudah biasa mengorek sendiri telinga, sama ada menggunakan cotton bud ataupun besi pengorek.

jangan korek telinga sendiri di rumah takut cedera, anda hanya perlu jumpa doktor

Advertisement

Namun tahukah anda sebenarnya tindakan itu adalah membahayakan dan boleh menyebabkan kecederaan lebih serius kepada telinga anda?

Kecederaan yang dimaksudkan adalah seperti ear wax masuk lebih dalam, kapas cotton bud tertanggal dalam salur telinga, malah lebih membahayakan jika terkorek lebih dalam ia akan memecahkan gegendang telinga anda.

jangan korek telinga sendiri di rumah takut cedera, anda hanya perlu jumpa doktor

Ear wax, cerumen atau lilin telinga yang anda korek keluar dari dalam telinga mempunyai fungsinya tersendiri iaitu sebagai satu lapisan asid yang membantu mencegah jangkitan kiman bakteria dan fungal.

Selain itu, ear wax ini mengandungi lapisan lipid, dimana ia bersifat hyrophobic berfungsi mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap masuk ke dalam salur telinga. Jika anda mengorek ia keluar, potensi untuk air masuk ke dalam telinga anda adalah lebih mudah.

Justeru, apa yang anda boleh lakukan adalah membuat pemeriksaan telinga bersama doktor dan mereka akan memberitahu anda sama ada telinga perlu dicuci atau dirawat dengan ubat titis sahaja.

Ketika pemeriksaan dijalankan, doktor telinga akan menggunakan beberapa alat seperti microscope dan otoendoskop untuk melihat dengan lebih jelas struktur dalam telinga. Risiko kecederaan juga adalah amat rendah dan lebih selamat.

Sumber:

Dr Ezairy M.Sallih

Doktor telinga anda

Medical Mythbusters Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini