Satu kajian oleh Universiti Cambridge di United Kingdom mendedahkan, virus COVID-19 kini sudah bermutasi sehingga tiga keturunan yang kini tersebar ke Eropah dan Amerika Syarikat melalui kajian salur genetik.

Penyelidik menunjukkan penjujukan (sequencing) 160 genom virus dan mereka juga telah memetakan beberapa penyebaran asal koronavirus melalui mutasinya yang menghasilkan keturunan virus berbeza iaitu jenis A, B dan C.
Advertisement

Menurut ketua penyelidik Universiti Cambridge, Dr Peter Forster, virus jenis A adalah paling dekat ditemui dalam kelawar, dikenali juga sebagai virus asal yang dipindahkan kepada manusia di Wuhan.
Virus jenis A kini juga dilihat berada di dua negara seperti AS dan Australia, disebar melalui rakyatnya yang sebelum ini menetap di Wuhan.
Virus jenis B pula adalah dalam kalangan pesakit yang menjangkiti manusia di Wuhan dengan kebanyakknya dalam kalangan pesakit di Asia Timur.
Manakala virus jenis C pula yang terdapat di Eropah seperti pesakit awal di Perancis, Itali, Sweden dan England. Varian jenis ini bukan berasal dari China, sebaliknya ia dari Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.
Secara ringkasnya, virus daripada varian A, iaitu yang paling dekat dengan virus yang terdapat pada kelawar dan tenggiling, digambarkan sebagai punca wabak, manakala jenis B berasal daripada A, dipisahkan oleh dua mutasi, sementara C merupakan anak daripada varian B.
Tambah lagi, para saintis percaya, virus SARS-CoV-2 ini sentiasa bermutasi dan berupaya mengatasi rintangan pada sistem imun manusia pada populasi berbeza disetiap kawasan berasingan.
Sumber:
Proceedings of the National Academy of Sciences Apr 2020, 202004999; DOI: 10.1073/pnas.2004999117