Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan kos bagi menamatkan sepenuhnya wabak COVID-19 di seluruh dunia, termasuklah pemberian vaksin kepada semua yang memerlukannya.

Menurut badan kesihatan terbabit, kos keseluruhan bagi menamatkan wabak COVID-19 ketika ini mencecah 35 billion USD, bersamaan RM145 billion.
Advertisement
Kos yang diumumkan oleh WHO ini melibatkan usaha dalam menghasilkan 2 bilion vaksin, 245 juta rawatan serta 500 juta ujian makmal.
Harga berkenaan juga akan semakin meningkat selagi vaksin tidak ditemui.
Perkara itu timbil selepas mesyuarat perdana Access to Covid-19 Tools (ACT) Accelerator Facilitation Council (ACT).

ACT-Accelerator adalah kolaborasi global yang bertujuan untuk mempercepat pengembangan, produksi, dan akses keatas ujian, rawatan, dan vaksin COVID-19.
Ia dilancarkan pada 24 April oleh WHO dengan Suruhanjaya Eropah, Perancis serta Yayasan Bill & Melinda Gates dan disokong oleh Setiausaha Jeneral PBB dan beberapa Ketua Kerajaan negara lain.
Setakat ini, 10 sukarelawan telah mengambil vaksin COVID-19, dengan 9 daripanya dibawah ujian klinikal, dalam usaha mendapatkan penawar yang berkesan terhadap wabak ini.
Secara purata, 5,000 nyawa terkorban diseluruh dunia setiap hari akibat terkena jangkita COVID-19, sehingga menjejaskan ekonomi dunia.
Sumber: Daily Star