Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun didakwa menghidap penyakit cacar monyet atau virus monkeypox.
Laporan semasa mendapati hasil keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mengesahkan kanak-kanak tersebut sebenarnya menghidapi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), bukannya cacar monyet seperti yang dikatakan.
Advertisement

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan, beliau memaklumkan keputusan ujian kanak-kanak itu positif virus Coxsackie A6 dan negatif virus lain, termasuk cacar monyet.
“Kanak-kanak ini dipantau di HKL. 2 sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD & Monkeypox,” jelasnya.
Dimaklumkan susulan kenyataan KKM mengenai penyakit “monkeypox”, seorang kanak2 berumur 3 tahun telah dibawa ke KK Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei). Ruam ini menjadi ‘blister’ (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei). pic.twitter.com/dcK0Qhhfmb
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 26, 2022
Malah, beliau juga menjelaskan kanak-kanak terbabit mengalami gejala demam pada 13 Mei dan ruam pada 16 Mei.
Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati ruam menjadi blister pada 19 Mei dan mula pecah pada 21 Mei.