Skip to main content

Advertisement

Hiburan

KPDNHEP Beri Masa Lima Hari, Pemilik Restoran Siakap Langkawi Diarah Jelaskan Kos Operasi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi masa lima hari untuk membuat penjelasan mengenai kos operasi terhadap pemilik restoran terapung yang tular isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi.

kpdnhep beri masa lima hari, pemilik restoran siakap langkawi diarah jelaskan kos operasi

Advertisement

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad memaklumkan pemilik restoran perlu mengemukakan penjelasan itu sebelum 11 November.

“KPDNHEP telah mengeluarkan notis kepada pemilik restoran berkenaan ketika tinjauan pegawai KPDNHEP pada 5 November. Penjelasan perlu diberikan oleh pemilik restoran sebelum 11 November ini.

kpdnhep beri masa lima hari, pemilik restoran siakap langkawi diarah jelaskan kos operasi

“Segala maklumat yang diberikan akan dianalisis menggunakan mekanisme pencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Antara keterangan yang diperlukan adalah maklumat berkaitan kos operasi termasuk kos barangan, kos utiliti serta kos upah berdasarkan kepada peratusan mark up atau peratusan margin bagi tempoh tiga tahun sebelumnya,” katanya.

kpdnhep beri masa lima hari, pemilik restoran siakap langkawi diarah jelaskan kos operasi

Namun, kes itu masih diklasifikasi sebagai dalam siasatan dan ia tidak bermakna pemilik restoran terbabit sudah melakukan kesalahan.

Siasatan lanjut dibuat susulan isu tular membabitkan kumpulan pelancong yang mendakwa dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan.

Pemilik restoran tampil membuat penjelasan ikan yang dipesan pelanggan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai ikan pameran untuk tontonan pengunjung restoran.

Malah, menu yang disediakan restoran berkenaan telah memaparkan harga bagi ikan siakap itu tetapi pelanggan tebabit pula menafikan dakwaan pemilik restoran itu.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini