Skip to main content

Advertisement

Hiburan

KPT Cadang Semua IPT Tangguh Pendaftaran Pelajar

Ekoran daripada bilangan kes COVID-19 yang semakin meningkat kembali, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia mencadangkan semua Institut Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan dahulu pendaftaran pelajar.

kpt cadang semua ipt tangguh pendaftaran pelajar

Ia termasuk pendaftaran pelajar lama dan baru secara bersemuka/fizikal bagi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

Advertisement

Menurut KPT, semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara dalam talian, termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran, sehingga ada pengumuman mengenainya dilakukan.

Menurut satu kenyataan media oleh KPT, pelajar yang sudahpun berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing dan meminta pihak IPT untuk memantau kumpulan pelajar ini.

kpt cadang semua ipt tangguh pendaftaran pelajar

kpt cadang semua ipt tangguh pendaftaran pelajar

Ekoran daripada itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) antara universiti yang telah menangguhkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di kampus Skudai dan Kuala Lumpur, dan pendaftaran dilakukan secara dalam talian sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kemudian.

kpt cadang semua ipt tangguh pendaftaran pelajar

Sumber: KPT

ERA Muzik Hit Terkini