Skip to main content

Advertisement

Hiburan

10 Kubur Digali Semula Lepas Negatif Ujian Swab COVID-19

Sebanyak sepuluh kubur yang menempatkan jenazah COVID-19 terpaksa digali semula berikutan keputusan ujian saringan mendapati mereka negatif daripada wabak itu.

10 kubur digali semula lepas negatif ujian swab covid-19

Menurut Detik News, mereka adalah antara 70 jenazah yang dipercayai positif COVID-19 dan dikebumikan dengan mengikut prosedur khas.

Advertisement

Menurut prosedur pengebumian jenazah COVID-19, mayat dan keranda perlu dibalut dengan plastik manakala pekerja pengebumian perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) seperti sarung tangan, topeng muka dan baju khas.

Kesemua jenazah yang negatif COVID-19 ini dipindahkan selepas mendapat permintaan daripada ahli keluarga sejurus mengetahui bahawa ujian swab mereka adalah negatif COVID-19. Kesemua jenazah juga dipindahkan ke kubur-kubur di sekitar Subang dan Sumedan.

Tambah lagi, kesemua pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Bandung akan dikebumikan di perkuburan Cikadut, Bandung.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini