
Sumber: Siakapkeli
Advertisement
Selalunya kucing liar bila kita bagi makanan, diorang mesti tak akan tolak. Tak kisah la apa jenis makanan pun yang akan korang bagi atau tabur. Tapi kucing oren ni lain daripada yang lain. Kalau korang tabur makanan dia tak akan endahkan makanan yang diberi tu.
Sebaliknya kucing ni lebih suka diberi makanan yang ada dalam plastik. Kemudian ia akan gonggong makanan tersebut ke suatu tempat.

SBS TV mendedahkan ke mana kucing bernama Dong Suk ni bawa makanan tersebut. Rupa-rupanya ia memberi makanan tu kepada satu-satunya anak yang ia ada.


Dong Suk hanya perhatikan sahaja anaknya makan makanan tu. Alahai kasih ibu. Dong Suk sebelum ni ada 4 ekor anak. Tapi 3 daripadanya telah mati dan tinggal seekor sahaja.
