Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi sepanjang melakukan pekerjaan dari rumah. Baik dari segi teknikal seperti sambungan internet, sehinggalah kepada masalah lain, nyata kerja dari rumah bukanlah satu perkara yang mudah.
Seorang wartawan, Doris Bigornia telah diuji ketika sedang bersiaran langsung ketika menemubual ahli perniagaan di rumahnya.
Advertisement

Semasa sedang menjalankan temubual terbabit, tiba-tiba sahaja dua ekor kucingnya bernama Bella Luna dan Nala melompat di meja belakang kemudian bergaduh.

Situasi cemas itu membuatkan Doris dari ABS-CBN News tidak keruan dan gelagat kucing kesayangnya itu juga menarik perhatian netizen.

Video temubual live yang kelam-kabut dengan pergaduhan kucing itu juga telah tular dilaman sosial dengan mendapat pelbagai reaksi oleh warganet.
Sumber: Youtube