
Sumber: harian metro
Advertisement
Jarang kita nampak haiwan yang dilahirkan bermuka dua. Kalau ada, pasti tak akan hidup lama.
Seorang petani di China terkejut apabila kucingnya melahirkan anak kucing bermuka dua pada 17 September yang lalu. Petani yang dikenali sebagai Liu gembira walaupun terkejut melihat kejadian itu. Ramai orang kampung dan jiran datang melihat anak kucingnya.
Malangnya, selepas dua hari anak kucingnya itu mati. Anak kucing bermuka dua itu seekor daripada tiga anak dilahirkan ibunya. Ia mempunyai empat mata, dua hidung dan dua mulut.
Fun Fact : Kucing bermuka dua dikenali sebagai "Janus"
Frank dan Louie atau Frankenlouie di Massachusetts, Amerika Syarikat, adalah kucing bermuka dua yang hidup paling lama iaitu 15 tahun sebelum mati pada 2014.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
