
Sumber: Boredpanda
Advertisement
Siapa kata kucing kerja dia makan tidur je ? Kucing bernama Sir Whines-A-Lot ni kucing paling busy tau. Nak tahu dia busy buat apa ? Dia busy kumpul duit daripada orang yang lalu depan dia. Kucing ni diselamatkan dan tinggal di sebuah pejabat.
Setiap hari setiap kali pemilik syarikat tu lalu depan Sir Whines-A-Lot, mesti ada banyak duit keliling dia. Suatu hari Stuart McDaniel cuba buat experiment nak lihat macam mana boleh ada banyak duit pada kucing ni. Rupanya setiap kali orang acah-acah bagi duit, dia akan terus 'rembat' je duit tu.
Jadi, tak nak bazirkan duit tu Stuart McDaniel ambil keputusan setiap duit yang kucing ni dapat, dia akan salurkan pada gelandangan yang memerlukan bantuan. Awww bagus! Ada juga pekerjaan kucing ni ye.




*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
