Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gara-Gara Keluar Malam, Kucing Di Thailand Ditahan Polis Ingkar Perintah Berkurung

Di Thailand, kerajaan mereka telah memutuskan penguatkuasaan undang-undang dimana sesiapa sahaja yang berkeliaran keluar pada jam 10 malam hingga 4 pagi akan ditangkap seterusnya dikenakan tindakan.

Pelaksanaan undang-undang itu adalah bagi mencegah penularan wabak koronavirus (COVID-19) dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

Bagaimanapun, baru-baru ini seekor kucing dinegara terbabit telah didapati melanggar arahan kerana keluar berkeliaran pada waktu terlarang, hingga dikenakan tindakan.

gara-gara keluar malam, kucing di thailand ditahan polis ingkar perintah berkurung

Tular juga dilaman sosial gambar 'mugshot' wajah kucing yang ingkar perintah berkurung itu.

gara-gara keluar malam, kucing di thailand ditahan polis ingkar perintah berkurung

Kucing berkenaan juga memegang papan yang tertulis, "Saya telah keluar rumah selepas pukul 10 malam dan melanggar perintah berkurung".

Tidak dapat dipastikan sama ada ia benar mahupun sekadar jenaka, buat masa ini jangan biarkan ahli keluarga anda termasuk kucing keluar malam-malam ok? Duduk je rumah diam-diam.

Sumber: Verst 

Kredit foto: TCNN Networks

ERA Muzik Hit Terkini