Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kucing Tahu Nama Sendiri, Tetapi Pura-Pura Tak Dengar Bila Di Panggil – Kajian

Adakah anda mempunyai nama panggilan pada kucing peliharaan anda? Jika YA, adakah kucing anda itu memberikan respon setiap kali anda memanggilnya?

kucing tahu nama sendiri, tetapi pura-pura tak dengar bila di panggil – kajian

Advertisement

Menurut kajian, kucing mempunyai keupayaan untuk mengingat namanya sendiri tetapi mereka lebih suka memilih untuk tidak mengendahkan panggilan nama mereka itu.

kucing tahu nama sendiri, tetapi pura-pura tak dengar bila di panggil – kajian

Kajian yang dijalankan Sophia Universiti di Jepun oleh Dr. Atsuko Saito menunjukkan, kucing memberikan respon dengan menggerakkan kepala atau telinga apabila nama mereka dibaca di antara tiga perkataan lain yang sama panjangnya.

Dan tiada tindak balas ditunjukkan selepas perkataan lain dituturkan.

"Terdapat banyak kajian tentang keupayaan anjing untuk berkomunikasi dengan manusia. Kami fikir ini adalah penting untuk menunjukkan keupayaan kucing pula.

"Ramai pemilik kucing tahu bahawa kucing memahami nama mereka sendiri.

"Kucing memahami isyarat yang diberikan oleh manusia jauh lebih baik daripada apa yang kita fikirkan," kata Dr Atsuko Saito.

Kajian terdahulu juga pernah menunjukkan reaksi daripada haiwan lain seperti anjing, ikan lumba-lumba, dan burung kakak tua, terhadap komunikasi yang disampaikan oleh manusia kepada mereka.

Sumber: Mirror

ERA Muzik Hit Terkini