Buat mereka yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan, sudah pasti mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab antara satu sama lain.
Namun, kucing yang diberi nama Messi ini dilihat sangat bersedih apabila tuannya, Allahyarham Md Jais telah pergi mengadap Illahi.
Advertisement

Perkongsian oleh anak saudara Allahyarham iaitu Nur Iylia Malek dilaman Twitternya mengisahkan tentang kucing putih hitam yang telah dibela sejak 13 tahun lalu. Namun, Allahyarham Md Jais telah pergi menghadap Illahi dirumahnya di Masjid Tanah, Melaka.
Masa ayah sedara iylia meninggal semalam, Messi setia tunggu dekat tepi jenazah. Makan pun tak.
— Nuriyliamalek (@nuriyliamalek) June 27, 2019
13 tahun setia dengan tuan. pic.twitter.com/iPljIbayzI
Makan pun kurang. Dia ingat bila tidur dekat pisang tu, boleh kenyang ke? pic.twitter.com/3hznDrhLnZ
— Nuriyliamalek (@nuriyliamalek) June 27, 2019
Selepas beberapa jam merajuk dan melarikan diri, Messi kembali ke bilik sebelum berbaring di tepi jenazah dengan reaksi yang penuh sayu dan sedih. Malah, selepas beberapa hari pemergian tuannya, Messi masih enggan makan walaupun makanan telah disediakan.
Messi dah makan macam biasa. Tapi itulah.. Muka sayu sangat. pic.twitter.com/Q74VdICvs5
— Nuriyliamalek (@nuriyliamalek) June 29, 2019
Belanja satu video Messi dengan arwah.
— Nuriyliamalek (@nuriyliamalek) July 2, 2019
Pukul 5 pagi before arwah pergi masjid, dah tunggu depan pintu bilik. pic.twitter.com/oQ45iv1Geh
Tambahnya lagi, Messi didapati cuba menyorok dan memandang ke arah sofa sejak kejadian, sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat sedemikian.
Al-Fatihah.
Sumber: Sumber : Twitter Nur Iylia Malek
